"Aku betul-betul x faham dengan kau.Bahagian mana dalam perkataan 'TAK PAYAH PERGI' tu, yang kau rasa 'kureng' jelas sangat, sampaikan kau tetap juga pergi jumpa jantan sengal tu, walau pn aku dah nasihatkan tak payah?"
Naik turun nafas Min laju, bila dia bercakap dengan 'temperature' yang turut sama meninggi.
Aku cuba buat muka comel 'puss in the boot' dalam cerita Shrek. Dengan harapan, Min tak marah lagi. Takuuuutt.. Kalau tak cool down, mahu makan tangan aku 'dinner' nanti.
Aku mengeluh perlahan bile tahu yang muka simpati aku gagal meraih perhatian Min.
"Memang aku tak makan dengan muka kucing Shrek kau tu. Kenapa kau pergi jugak?"
"Bukan aku Min. Kaki nih yang gerak ke sana. Hati ngan jiwa serta akal aku yang rasional nih, memang aku tinggalkan kat rumah sebelum keluar tadi." Aku cuba bergurau untuk redakan sikit debar di hati.
Memang kalau dengan Min, aku selalu kalah. Dia terlalu kenal dengan sikap aku sampaikan aku memang tak ada ruang nak sembunyi apa-apa dari Min. Nasiblah, aku memang bernafsukn lelaki jer. Kalau tak aku buat laki dah cik Jasmin Melati nih.Lalalala..
"Hoi!' Terasa tunjalan jari runcing Min pada bahu aku.
Sedikit ak tertolak ke dinding. Adeyh!
"Berangan lagi lah tu! Orang bercakap dia berangan. Bertuah betul." Min tarik muka lagi. Kusyen di atas sofa di baling ke arah aku. Fuh,nasib sempat mengelak.
Aku sengih-sengih.
"Mana ada. Aku tengah muhasabah diri je tadi. Cuba merangka jawapan untuk soalan-soalan kau tadi." Sengih aku lagi sambil tangan dah menggaru-garu kepala yang tak gatal pun.
"Jadinya, apa alasan kau kali ni? Jangan nak bagi alasan yang akan buat aku cancelkn nama kau dari senarai tetamu untuk majlis kahwin aku nanti." Min dah mula 'warning'. Kening dia pun dah terangkat-angkat gaya serius mengugut. Lagi pulak, dia dah pun duduk bersila depan aku sambil menunggu respond.
Oh,tidak!Aduyai....
"Err, aku tahu, kau cakap jgn pergi jumpa M sbb kau tak nak aku sakit hati lagi.Aku tahu kau nak ak pegang pada perinsip yang aku dok laung-laun sebelum nih.. Dan yang paling penting kau memang nak ak lebih pentingkan diri n perasaan sendiri daripada dok pikir pasal mamat sengal tu..."
Aku tengok Min angguk setiap kali ak habiskan satu ayat.
"Tapi?" Min buat muka sarkastik dia, yang memang buat aku terasa sedikit 'sentap'. Hai lah sahabat,boleh tak kau tolong mengerti sikit perasaan aku yang aku sendiri pun selalu 'lost' untuk faham ni?
Aku tarik nafas dalam. Badan ak dah sandarkan penuh pada dinding biru ruang tamu tu.
"Dia tak salah. Dia tak benci aku. Dia tak kongsi perasaan yang sama dengan aku. Dia tak nafikan yang dia terbuka untuk timbangkan pilihan yang lain. Dalam konsep bercinta, kami ada pendapat tentang matlamat dan tujuan yang sama. Dia berterus terang dengan aku tentang apa yang dia rasa dengan cara dia meletakkan aku hanya pada sempadan kawan."
Aku cuba ceritakan setiap yang aku rasa dalam satu ayat supaya aku tak terasa seperti nak tokok atau buang apa-apa isi penting dari misi membongkar perasaan aku sendiri pada M.
Min pun ikut aku bersandar di dinding.
"Betul. Dia memang lain. Dari apa yang kau cerita dari dulu pasal dia, ternyata dia yang no 1 kalau bercakap pasal kelainan. Mana taknya, dia layan kau lagaknya macam dia buah hati pengarang jantung kau. Dengan panggilan manja bagai. Lepas tu, alih-alih katanya semua tu biasa saja. Kau hanya kawan dia. Sedap dia saja, meluahkan masalah cinta dia dengan kau. Sedangkan, kau ada perasaan pada dia! Tak ke sakit hati tu namanya?Aku memang tak faham kenapa kau nak teruskan juga permainan jiwa yang macam ni?Kau pun tahu, dalam soal cinta nih, kau kena pentingkan diri. Kalau dia tak mampu berikan yang terbaik utk kau, jadi tak perlulah kau tunggu dia lagi. Lupakan dia! "
Bersungguh Min berhujah. Bukan sekali aku dengar isi kandungan syarahan percuma Min tu. Malah sebenarnya kebanyakan ayat yang Min pakai, dia cuma ulang semula sahaja dari ayat-ayat yang pernah aku cakapkan waktu aku bertekad nak lupakan segalanya tentang M. Tapi dengan hanya satu SMS dari M, ak jatuh lagi. Hati aku dibuai lagi. ARggghhhh sengal nya!!!!!
Aku mengeluh lagi.
" Ha, teruskan mengeluh.Mula lah nak pura-pura mnyesal."
Aku tersengih. Hai lah sahabat. Maafkan aku.
"Aku memang tak menyesal dengan apa yang aku dah lakukan untuk M. Memnag dah banyak kali hati aku terkorban. Tapi aku masih tetap di sini sebab hati aku masih tak mahu mengalah. Aku dah pergi jauh-jauh Min, betul nih, tapi hati aku tetap mencari bayang dia dalam insan lain yang aku kenal. Aku perlukan masa untuk semua ini berlalu Min."
Giliran Min pula mengeluh.
" Okey, kalau itu keputusan yang kau ambil, aku still akan support dan respek.Tapi, tolong janji dengan aku. Kau kena juga buka hati kau untuk insan lain. Belajar terima orang lain juga.Tolong bagi hati kau sihat dan tak selalu sakit dengan minimakan masa melayan karenah dia. Boleh tak kau janji dengan aku semua tu?"
Aku tersenyum dan terangguk2 tanda setuju. Ya Allah, betapa aku bersyukur untuk kurniaan shabat sebegini untukku .
Min ikut tersenyum walau aku nampak sedikit risau dari sinar matanya.
"Dahlah, pergi mandi kambing. Balik kandang nak berlingkar je." Min baling satu lagi kusyen sebelum berlari masuk ke biliknya dengan hilai tawa.
Sengal punya sahabat~!
No comments:
Post a Comment