A: Dia dah berubah..
B: Berubah?Apa maksud kau? Ey,sekejap.Bukan berubah tu perkara biasa ke?Kita kan manusia. Makhluk dinamik~!Makhluk yang sentiasa bertindak balas dengan persekitarannya sepantas kilat dan secepat guruh berbunyi. Jadi memanglah logik kalau manusia tu berubah.
A: Ah, susah nak cakap dengan kau yang 'realist' ni. Aaahh..
(Hati disabarkan supaya tak terus keluar kata-kata yang lebih kesat dan menyakitkan hatinya kemudian lagi.)
B: Hahahhah...
A: Kenapa gelak?Ada aku buat lawak?
B: Sorry ok~!Aku tak maksudkan kau. Aku cuma rasa kelakar kenapa kau terlalu sensitif dalam hal ni?It's not like you are her boyfriend ke apa~ and for god sake, she's your best friend.Be real okey?
A: Huh~! (Mengeluh kuat dengan harapan rasa yang memberat dihati turut sama terbebas.)
B: Aku rasa aku faham yang kau bimbangkan babe~
A pandang B. Keluhan tadi berganti senyuman kecil.
A: Macam bodoh kan? Aku..aku takut mungkin..
B: Ya, aku faham. Takut kalau kau akan kehilangan dia. Takut apa yang kau pernah kongsi bersama dia dulu berubah. Memang macam tu A. Kau tak boleh salahkan dia. Hat,jiwa dan jasad dia bukan milik kau. Dia berhak tentukan segalanya.
A: Hmm~Aku faham B. Aku yang terlalu sensitif sebenarnya. Aku tahu sebagai kawan yang rapat dengan dia,aku sepatutnya lebih jelas dengan situasi ini. Kalau betul aku ada terasa hati dengan dia, aku tak patut smpan dalam hati. Sebagai kawan, baik dan buruk dia aku harus terima dengan redha. Kalau mampu, keburukan dia aku kena tegur dan betulkan.Ye tak?
B: Ha, faham pun kau.Tak payah aku bukak syarahan panjang-panjang. Hahahha
A: hahhaha.Sengallah kau. Buat malu aku pulak.
B: Sekadar ingat mengingati.Bebaskanlah dia dan perasaan kau tu. Aku faham. Kita dah sama-sama dewasa. Jangan jadi macam zaman kita kanak-kanak dulu. "Kau kawan aku. Kau tak boleh kawan dengan dia," ahahhah..memang ayat 'favourite' aku zaman budak-budak dulu.
A: hahah betul2.Aku pun. Yelah B, kita dah dewasa. Biar apa yang dia lakukan, aku sokong walau dari jauh. semoga dia berjaya,itu dia aku.
B: Ya, itu yang sebaiknya. Bebaskan dia dan perasaan cemburu gila kau tu.
A: (Hanya tersenyum puas.) Diri mula terasa lebih aman dan tenteram sebab perasaan buruk lagi busuk itu dh mula mngalir keluar dari dalam diri.
B turut tersenyum. Puas bukan sahaja sebab melihat emosi A yang kembali stabil, tapi turut gembira sebab dapat turut juga dapat mengingatkan diri sendiri tentang kawan dan kebebasan~!
No comments:
Post a Comment