"Macam mana nak bercinta ha,babe?"
Mata-mata itu masih fokus pada awan biru langit walau kedengaran suara lunak Farihah bertanyakan soalan yang telah mengundang keluhan Sari.
'Ah,Fari nih spoil mood betul lah,' getus hati Sari perlahan.
"Sari.."
"Kalaulah ak ada jawapan yang pasti untuk soalan kau tu, dah lama ak tulis buku. Ha, dapat ak kumpul duit beli kereta baru.Hahahaha...."
"Huh,"
Suasana sunyi dan damai kembali menguasai.Sepoi angin petang itu memang menenangkan jiwa.
Dua gadis itu masih asyik memandang awan biru sambil melayan jiwa masing-masing.
"Kalau tak cemburu katanya tak sayang.Kalau cemburu katanya mengongkong." lembut Sari mengulas tiba-tiba.
"Kalau jumpa bergaduh.Kalau tak jumpa rindu,"Sambung Fari.
"Kalau terasa hati,mesti nak merajuk.Dah merajuk minta dipujuk.Kalau marah pun mesti nak dipujuk juga."Sari mengulas lagi.
"Kalau ada masalah selalu minta diberikan ruang untuk berfikir sendiri.Tak mahu berkongsi cerita.Katanya tak mahu menyusahkan kita,"Fari mendengus.
"Walaupun sering dia buat salah,hati masih tega nak maafkan dan menerima."Tambah Sari pula.
"Ucapan sayang mahu hari-hari dilafaz dan dibuktikan."Fari menggeleng-geleng sambil tersenyum sumbing.
"Jadi?"
Sari tersenyum lebar bertanya sambil memandang Fari yang masih culas berbaring di rumpunan hijau sambil matanya leka melihat awanan biru.
"He's a pain that I'm addicted to.I'm hopeless and helpless in this matter of love,dear friend,"
Fari turut bangun dari 'tilam' rumpunan hijau nya.
"Tapi kau kena pastikan semuanya yang kau lakukan masih berlandaskan ajaran Islam.Itu kau kena tegas.Kebahagian kau ak doakan selalu Fari,"
Sari menggenggam lembut tangan Fari sambil tersenyum.
Tawa Fari pecah.Tersentuh hati bila keihlasan Sari terpancar dengan setiap lafaz bait nasihatnya.Sari turut berkonsi tawa.
"Thank You dearest."Balas Fari sambil turut membalas genggaman tangan Sari.
"Tapi,who's you dearest 'pain' that u've been addicted to?"Sari bertanya tiba-tiba.
"Oh,ak masih mencari." lembut Fari menjawab.Matanya kembali terarah pada langit biru sambil bibir menyulam senyum panjang penuh makna.
"Hah?"
No comments:
Post a Comment