Sunday, August 8, 2010

Bila~



Bilamana apa yang aku lihat semacam menjeling dendam ke arah ku
Bilamana apa yang aku pandang seperti penuh tipu dan muslihat
Bilamana apa yang aku luahkan mula berbaur prasangka dan kedengkian
Bilamana apa yang kuhajati tak dapat ku genggami
Bilamana senyuman ikhlas tak lagi dapat memadam api benci

Aku nanar
Aku lagi resah
Aku terus berantakan

Aku mahu keluar dari calitan hitam yang memualkan ini
Aku mahu menjauh dari kekalutan hodoh yang memakan diri ini
Aku mahu bangkit dari lingkaran gelap yang meyelimut jiwa ini

Aku harus datang padaMu
Aku perlu sujud padaMu

Hanya kau tempat ku berserah
Hanya kau Maha mengerti
Kerna diri ku hanya milikMu